Kedai Makan Tomyam Lenggeng

Hahahaha lama duduk sini tapi tak pernah nak makan luar. Oleh kerana kini punya masa senggang, barulah terbuka hati nak jalan jalan keliling Bandar Tasik Senangin. Destinasi yang ingin dituju, sudah semestinya Pekan Lenggeng. Tapi, tak tahu macam mana nak pergi. Ikut kata hati je lah…

Jejalan pun sebab nak makan. Ohhhhh damai sungguh Pekan Lenggeng. Tenang dan sejahtera. Nak makan mana ni?

Destinasi makan malam pertama aku di Restoran Lenggeng disini ler. Kalau tengok kepada status check in, nama kedai adalah RAM Tomyam. Tapi, apabila ditanya, katanya nama kedai adalah Tomyam Lenggeng.

Lokasi yang terletak di simpang 3 berhadapan dengan Pejabat Pos Lenggeng. Ngak susah mencarinya. Insyaallah.

Tengok kepada kemeriahan, sinilah lokasi paling meriah sepanjang jalan yang aku lalui. Tu, yang buat aku menyinggah.

Longat nogori – excited mendengar orang meja sebelah berbual rancak. Feeling macam balik kampung. Lebih teruja tatkala melihat dari kiri kanan jalan, banyak pokok buah buahan. Wowww mesti meriah sewaktu musim buah nanti.

Kami berdua order Paprik Ayam, Sayur Campur dan Telur dadar. Rasanya not bad. Sedap. Harga pun murah berbanding di bandar besar.

Damainya lah haiii……Aku rasa, kedai ini boleh masuk dalam senarai kedai makan sedap di Lenggeng.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top