Lempeng Lembut Sambal Sedap di Cafe Nasi Kukus Tok We

Pertama kali aku order menu selain daripada nasi. Sebab perut masih kenyang lagi, tapi kawan lapar lah pulok. Jadi, dia order nasi kukus tok we dan aku pula order lempeng lempoyang. Lempeng ini diberikan pencicah berupa sambal dan kuah kari.

Selalunya, aku datang belah pagi atau tengahari di Cafe Nasi Kukus Tok We ini. Tapi, oleh kerana esoknya hari cuti minggu, boleh lah berjalan jauh sedikit. Kawan pula sudah berhari berzikir nak makan kat sini. Haaaaa itu yang datang jejauh sampai ke sini.

Sedap gilerrrr lempeng cicah dengan sambal. Lempeng lembut, sambal sesedap rasa. Kenapalah selama ini aku datang kat sini, tapi tak order menu ini. Aku pulak memang penggemar lempeng yang tegar. Hahahaha biasalah, mak aku memang suka masak menu ini sewaktu aku kecil. Jadi, sampai ke besar aku dok makan benda alah ini sahaja.

Alhamdulillah. Habis, kenyang dan puas hati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top