Makan Sedap di Beranang – Capati Kambing

Setiap kali lalu (waktu pagi) di Beranang ini, dok nampak banyak kereta park di depan/sekitar kedai makan ini. Aku hairan, apa daya tarikan kedai disini? Ohhhhh rupanya ada hidangan Capati dan Lempeng bercicahkan kari kambing. No wonder ramai orang.

Minggu lepas, secara kebetulan lalu situ dan trafik pun tak sesak mana. Jadi, dapatlah aku membelokkan kereta ke seberang jalan. Merasa kesedapan menu yang ditawarkan disini.

Warung Mama Ogee ini pun menyediakan hidangan nasi lemak / menu sarapan pagi yang lain. Tengok gaya, macam beroperasi sampai ke malam hari. Sebab ada menu ala carte, goreng-goreng dan masakan panas ala thai. Boleh singgah cuba menu lain kot kelak.

Servis OK. Cepat dapat. Ramai pelanggan. Orang kampung sekitar sini kot. Tengok gaya, ramai juga penunggang basikal yang singgah. Syok juga, lepas habis beriadah, singgah makan capati cicah kari kambing. Nyum Nyum.

Aku order lempeng dan si Fadzil order capati. Kedua-duanya bercicahkan kari kambing. Ermmm pertama kali aku mencicah dengan kari kambing. Pelik pula rasanya.

Tak bau kambing sangat rasa kari ini. Pekat dan kalau makan dengan nasi, mesti sedap. Bayangkan, makan nasi lemak berlaukkan kari kambing. Rare sungguh…. tapi, tak tahulah kalau ada menu nasi putih. Mau menambah-nambah nasi dibuatnya.

Alhamdulillah kenyang. Ermmm, aku rasa mungkin boleh masuk dalam senarai makan sedap di Beranang kot untuk Warung Mama Ogee ini. Friendly staff.

Lokasi dia? Tengok kat Google Maps, macam tak ada. Senang cerita terletak di tepi jalan besar dan bersebelahan dengan LPP Beranang (area situ). Sebab aku pernah ada program kat LPP Beranang tu dulu hahaha.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top