Makan Tengahari di Pekan Lenggeng

Macam mana agaknya rasa masakan orang Lenggeng. Haaaa, sebab nak rasa… kenalah jalan jalan cari makan sekitar Pekan Lenggeng. Destinasi makan tengahari pertama yang aku pilih adalah Kedai Makan Joyz. Lokasinya bersebelahan dengan Pejabat Pos Lenggeng.

Tengok gaya, ramai orang singgah makan di kedai ini. Sedaplah kot kan. Lagipun, kawasan persekitaran agak selesa. Banyak meja makan dan lebih luas.

Disini ada lauk pauk nasi campur (agak limited), kuih muih minum petang, cucur udang dan nasi ayam.

Siap ada kuih lepat pisang kegemaran aku hahahaha. Panas-panas. Tengok gaya, mereka buat sendiri kuih ini. Nyum nyum.

Ini adalah antara lauk pauk makan tengahari. Amboii, boleh tahan sedap asam pedasnya. Ermmm rasanya ikan masak tempoyak pun tengok gaya macam sedap juga. Next time datang sini nak rasa menu lain pula.

Ini adalah cucur udang yang kami order. Berpakej siap diberikan timun dan sayur sedikit. Boleh tahan sedap juga. Cuma lagi sedap kalau dihidangkan sewaktu masih panas. Sos sedap.

Lepat pisangnya jangan ceritalah. Memang sedap sebab tebal, penuh dengan pisang dan masih panas. Lain daripada yang lain rasanya. Kuih kegemaranlah katanya.

Puas hati betul aku makan kat sini. Kenyang dan terasa puas makan. Memang boleh masuk dalam senarai kedai makan sedap di Lenggeng Negeri Sembilan. Pekerja dan tuan kedai pun peramah dan mesra pelanggan. Terima kasih

1 thought on “Makan Tengahari di Pekan Lenggeng”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top