Nasi Kukus Paling Sedap di Beranang

Sepengetahuan aku setakat ini, tak ada kedai makan yang proper di Bandar Tasik Senangin. Yelah, aku pun tak habis jelajah kawasan ini. Setakat ini, kalau lapar, mesti akan makan di Pekan Semenyih atau Beranang.

Most of the time, aku akan makan nasi kukus di Cafe Nasi Kukus Tok We – Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Kedainya terletak di tepi jalan besar dan signboard nya pun jelas kelihatan dari jalan raya. Hahahaha… betul-betul menarik minat orang untuk datang menjamu selera.

Banyak kali dah aku menulis di rangkaian blog. Kali ini, aku dedikasikan di BandarTasikSenangin.com kah kah kah. Tabiat suka mengarang selepas menjamu selera gamaknya. Hampir kesemua menu sudah aku cuba rasanya. Kalau aku tak makan pun, aku akan suruh kawan aku order untuk aku rasa sedikit ahaks. Alhamdulillah, serba serbi sedap belaka kesemuanya.

Kali ini, aku order Nasi Kukus Hamidah berupa ayam masak kicap. Dek kerana aku suka sambal hijau, aku request satu. Kalau tak, memang aku akan order Nasi Kukus Rafidah – Ayam Berlada Cili Hijau. Lidah jawa tetap nak makan cili hijau.

Minuman yang selalu aku order adalah Kopi Susu Ais. Need some energy kononnya.

Apapun, alhamdulillah kenyang. Oh ya, waktu operasi cafe ini ialah setiap hari ( 10 pagi hingga 10 malam) – tutup hari isnin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top