Sarapan Pagi Sedap di Lenggeng

Makan / Sarapan pagi apa yang sedap di Lenggeng? Tidak banyak maklumat atau hasil carian yang aku perolehi di Google. Tapi, katanya Kedai Nasi Lemak Ikan Sembilang Lenggeng inilah antara yang paling banyak diperkatakan. Rating tinggi dan review positive di Google. Jadinya, aku pergi sini dahulu….

Meriah dengan orang setempat kat sini. Lokasinya juga mudah sebab terletak di tengah Pekan Lenggeng, berhadapan dengan Balai Raya Kg Lenggeng. Banner kedai pula terserlah nampak dari jauh. Sedikit sebanyak membantu aku untuk cari lokasi kedai dengan mudah, tanpa bantuan google maps haha.

Ini adalah senarai harga menu yang ditawarkan. Aku order nasi lemak berlaukkan ikan sembilang. Ohh, hasil pembacaan aku, orang sini panggil ikan keli sebagai ikan sembilang.

Uniknya tempat ini, nasi lemak dia tiada ikan bilis dan kacang goreng. Sambal nasi lemak pun tengok gaya macam tiada. Sebab apa yang aku perasan, dihidangkan dengan ikan keli masak sambal. Hihi nasib baik order telur mata, kalau tak makan nasi lemak berlaukkan sambal ikan sembilang tu je lah.

Disini juga ada menjual kuih muih. Aku ambil beberapa jenis yang digemari. Not bad juga rasanya. Sedap…. boleh datang lagi lain kali. Ermmm, mungkin lain kali kalau datang sini, aku kena datang ke tempat lauk pauk dihidangkan dan pilih sendiri lauk kot. Tak boleh main order je. Tak ada feel.

Tengok gaya, disini juga ada menyediakan juadah makan tengahari – nasi campur. Haaaa nak juga merasa keenakan masakan orang negeri sembilan disini nanti. Nyum Nyum Nyum.

Insyaallah lain kali boleh datang lagi. Boleh masuk kedai ini dalam senarai kedai makan sedap di Lenggeng juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top